Tengah mengaji tiba tiba akak sebelah ni jatuh ,ak memang tak rasa sedap hati dah. Jatuh orang pengsan x sama dengan jatuh orang yang ada benda ni lain tau.

Foto sekadar hiasan.

Ni kisah aku.. Aku dulu budak sekolah agama. Aku ni dari tingkatan tiga lagi ada masalah gangguan makhluk halus. Maklumla kan sekolah berasrama. Macam-macam la kisah seram aku. Antara part paling dasyat, kes kecurian besar-besaran di sekolah tu. Bangun pagi ada seorang pelajar nak mandi. Dia terjumpa tiga dompet tersusun satu-satu atas setiap tiga anak tangga. Malam berikutnya pon macam tu.

Dan yang paling scary, ada seorang akak ni memang rajin study. Bilik study tu dekat dengan ampaian. Akak tu perasan ada sesuatu usha dia. Tengok belakang ada pocong. Terus dia lari naik bilik. Memang kisah pocong tu tersebar satu asrama. Setiap malam ada pelajar nampak pocong tu berkeliaran di koridor. Memang setiap bilik diarahkan oleh warden untuk berjaga sejam dua orang. Lampu koridor diarahkan tutup. Bayangkan gelap gelita tu Allah saja yang tahu. Rasa takut sangat sampai ada yang sanggup letakkan AlQuran di atas pintu masuk bilik. Dan masing-masing selit yasin bawah bantal. Kes tu sampai sekarang masih belum tahu siapa dalangnya.

Yang paling aku tak boleh lupa waktu aku tingkatan lima. Ada rombakan di sekolah. Pelajar tingkatan enam akan diserap masuk sekolah tu. Itu batch pertama pelajar tingkatan enam. Waktu tu aku jadi ketua bilik. Aku sebilik dengan dua orang kakak tingkatan enam. Pada mulanya hari-hari berjalan macam biasa. Cuma menjelang musim peperiksaan, pelajar kebanyakannya akan stay up. Jadi kakak dua orang tu memang suka study di bilik study dekat bawah. Macam biasa setiap pagi kami akan ada perhimpunan pagi baca AlQuran dan tafsir. Tingkatan lima selalunya berbaris sebelah Tingkatan enam.

Nak dijadikan cerita, aku duduk sebelah akak tu. Nak dijadikan cerita, tengan baca AQ tiba-tiba akak tu jatuh. Aku memang tak sedap hati dah. Jatuh orang pengsan dengan jatuh orang yang ada “benda” ni lain tau. Jatuh dia bunyi macam burung jatuh atas lantai. memang ringan sangat. Terus kawan-kawan dia angkat dan bawa masuk kelas.

Time dalam kelas, tiba-tiba dengar ada orang menjerit lari dekat koridor. Memang dari cerita kawan-kawan dia. Akak ni ada masalah gangguan. Ada benda yang menumpang dalam badan dia. Dalam kelas time subjek agama. Mesti dia menjadi-jadi. Dia akan mengamuk lempar barang yang ada atas meja. Cakap sorang-sorang. Macam-macam lagi lah.

Ada satu hari ni time program bacaan yasin disurau, waktu tengah baca yasin badan aku dah start sakit-sakit. Menyucuk satu badan and dada aku sesak nafas. Aku dah rasa lain macam. Tiba-tiba kakak tu menjerit histria. Dia marahkan orang yang jadi ketua bacaan yasin tu. Dia jerit-jerit. Nasib la kawan-kawan dia dah berpengalaman and bacakan sesuatu dekat dia.

Malam tu lepas habis waktu prep aku terus naik bilik. Macam biasa semua koridor dan bilik gelap sebab aku selalu tak makan supper. Masa nak masuk pintu bilik aku tu. Bilik aku tu samar-samar sikit sebab ada lampu jalan bahagian koridor belah tingkap tu. waktu tangan aku nak capai suis lampu.

Tiba-tiba aku nampak sesuatu tengah mencangkung atas katil akak yang histria tadi sambil tengok aku. Aku buat tak tau ja sebab sebelum ni pon aku pernah nampak. Aku baca bismillah and terus hidupkan lampu. Aku sebenarnya berani bila keadaan terang sahaja. Dalam gelap aku penakut. Keesokannya dengar cerita ada satu bilik, ada pelajar jumpa serbuk kayu dan ulat atas katil.

Minggu cuti persekolahan. Ramai pelajar balik. Tapi aku dan beberapa orang pelajar lagi tak balik. Maklumla takda orang nak ambik. bayangkan dalam satu asrama 21 bilik tu tinggal kami 20 orang sahaja. Nasib baik dalam bilik aku ada sorang lagi tak balik. kira kami berdua saja dalam bilik tu. Aku jenis spesis tido awal. Jadi memang aku tido awal malam tu.

Aku tersedar tengah malam tu sebab aku rasa ada sesuatu sentuh tangan aku. waktu aku terjaga. aku nampak kelibat orang lari ke hujung loker(almari) dan mencangkung sambil tengok aku. Aku buat-buat berani and pejam mata balik. Lepastu aku perasan benda tu keluar balik berjalan ke arah tandas. Bayangkan tapak kaki pon aku tak dengar waktu dia jalan. Aku pejam mata balik.

Beberapa minit lepas tu benda tu datang lagi berjalan masuk bilik dan keluar. Waktu tu takut sangat. Allah saja yang tau. yang kawan aku sorang lagi tu sedap ja tidur nyenyak tak tutup pintu bilik. Aku terus bangun tutup pintu and buka satu lampu. Waktu aku cuba nak pejam mata balik. Aku perasan ada orang buka pintu. benda tu buka pintu sambil tenung aku, pastu dia tutup kuat and terus berlalu ke arah tandas.

keesokannya time subuh kat surau. Aku cerita dekat kawan aku kejadian semalam. Dan rupanya, kawan-kawan aku yang lain pon kena ganggu jugak malam tu. dan dari segi kawan aku describe benda tu. memang sama dengan apa yang aku nampak semalam.

Actually, banyak lagi kisah seram yang aku alami dalam hidup aku. Kalau alami saja tak pa. masalahnya aku kerap kena tindih. Kerap menyucuk-nyucuk bila aku ada kat sesuatu tempat tu sampaikan time dekat U. kawan aku suruh aku pi scan rumah sewa dia. Sampai sekarang aku masibh lagi sakit. Kerap mimpi buruk. Dan aku tak tau mana lagi aku nak berubat. Aku nak jadi manusia normal macam yang lain. Boleh dikatakan berpuluh jugak tempat aku buat rawatan. Tapi masih sama.

Ini kisah benar yang aku alami. Kebanyakan orang yang tak pernah alami mungkin takkan percaya kisah aku. Ni antara kisah dekat sekolah. Dan banyak lagi kisah lain lepas aku belajar dekat U, duduk rumah sewa dan sampai kerja sekarang. Aku masih alaminya. Bagi sesiapa yang tau mana tempat rawatan. Tolong bagitau di komen ye. Area perlis atau kedah. Terima kasih yang sudi baca luahan hati aku ni. Aku menderita lama dah. Kalau boleh aku nak sembuh. Moga ada jalan untuk aku.

– Gadis Derita