Sesat semasa pergi ke Air Panas Ulu Legong, Baling. Kami dibawa ke satu perkampungan bunian

Foto sekadar hiasan.

Cerita m1stik yang aku nak cerita kali ni, berkaitan dengan diri aku sendiri dalam tahun 2014. Aku sudah berhenti bekerja sebagai Event Manager disebabkan aku dapat menyambung pengajian aku ke peringkat seterusnya. Aku sambung pengajian di sebuah universiti yang jauh nun di utara Malaysia. Mesti ramai yang meneka Universiti Utara Malaysia (UUM) kan, malangnya bukan, biarlah ia menjadi rahsia.

Dalam pertengahan bulan April tahun 2014, kami satu rumah merancang nak berjalan ke kedah, dan menginap di Gunung Jerai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk kami tiba di Jeti Tanjung Dawai. Aku tak tahu kenapa aku mula rasa tak sedap hati dari awal-awal perjalanan, mungkin aku teringat tentang Maya. Kalau korang mengikuti cerita aku rindukan Maya, rumah adik Maya yang terlibat dalam aktiviti pemujaan tu di area Baling, nak dijadikan cerita member-member aku ni pulak pakat nak ke Air Panas Ulu Legong, Baling malam tu nanti. Mungkin itu sebab perasaan tak sedap hati tu melanda.

Kami bergerak tiga kereta, dan park kereta di Jeti Tanjung Dawai. Hajat dihati nak menyeberang laut untuk ke Pantai Merdeka disebabkan perjalanan menaiki kereta ke Pantai Merdeka lebih kurang perlu tambah dalam setengah jam lagi. Naik bot laju ni dah la murah, malah jimat masa, tiga hengget je, haha. Kami semua naik satu bot ke sana, waktu lebih kurang pukul 2 petang. Suku perjalanan, tiba-tiba enjin bot berhenti, semua pandang Pakcik pemandu bot.

“Kenapa ni pakcik? Selalu ke jadi macamni?”, tanya si Isa. “Pakcik baru je tambah minyak sebelum bergerak tadi, tak apa, anak tunggu atas bot, pakcik terjun tengok apa jadi ya”, kata pakcik tu. Aku terus mencelah, “Eh pakcik, kan boleh angkat je dari atas pemegang enjin tu? Tak perlu lah rasanya nak terjun bagai”. “Pakcik dah cuba tarik, tapi macam tersangkutlah sesuatu lah nak, tak tahu apa bendanya”, balasnya.

Berdebuk pakcik tu segera terjun ke laut, kami yang dekat atas ni dah mula risau, sebab cuaca tiba-tiba jadi gelap mendung. Dalam hati aku, “Ahh, apa benda pulak nak jadi ni? Jangan-jangan ni prtanda supaya aku batalkan trip ni kot”. “Weh, dah lama lah pakcik tu dalam air, panjangnya nafas dia”, kata Din. Aku kocak-kocakkan air, terkejut aku pakcik ni tiba-tiba timbul, “Nakk, ada rambutlah tersekat dekat enjin, pakcik nak leraikan tak boleh, makin berselirat, kalau ada bot lagi satu lalu, panggil mereka ya, pakcik cuba sekali lagi”, kami mengganguk lemah.

“Haih, tulah pasal, dah lah bot dekat Tanjung Dawai ni tak banyak, sapelah punya idea ajak naik bot ni?”. Acap mulai marah. Tiba-tiba air mula bergelora kuat, aku syak hujan ditengah laut kot, aku cepat-cepat kocakkan air panggil pakcik tu timbul, “Hahh, kenapa? Dah dapat bantuan ke?”. “Takk pakcik, baik pakcik naik, kita ikhtiar cara lain, laut makin bergelora ni, mungkin hujan kot”, kata aku.

Pakcik tu naik perlahan-lahan, tiba-tiba gedebukk pakcik tu masuk ke dalam air balik. Kitorang dah saling pandang sesama sendiri. “Tolonggg…” suara pakcik tu kedengaran, kami nampak tangan nak naik ke bot, terus kami tarik ke dalam perut bot.

“Kenapa pakcik masuk ke dalam air balik?”, tanya aku. “Pakcik sendiri tak tahu, tiba-tiba rasa macam ada benda tarik, bila pakcik tengok tak ada apa-apa”, balasnya. Tekaan aku betul, hujan melanda Pantai Merdeka hari tu. Dari jauh nampak ada bot datang, “Apehal nih? Ejin rosak ke Pak Ali?”, seru pemandu bot itu. “Tak tahu la Mir, ada rambut berselirat dekat enjin aku, mana datangnya aku tak tahu”, balas Pak Ali. “Ok, dah jom, korang ikat tali ni dekat kepala bot, aku tarik”, ujarnya. Alhamdulillah sampai jugak kami di Pantai Merdeka, hilang rasa mood nak berholiday.

Seusai berterima kasih dengan Pak Ali dan Amir, kami berjalan menyusuri persisiran Pantai Merdeka. “Weh, tadi kemain macam nak hujan lebat, elok je cuaca ni panas?”, ujar Isa. Kami mendiamkan diri lalu terus menjamu selera. Kalau korang nak makan ABC terbaik, besar, harga berpatutan, boleh mai sini, serius memang terbaik, perkena sekali Mee Rebus, terangkat b0ntot. Perkara tadi kami lupakan sementara, nasib baik, kami naik bot balik ke Tanjung Dawai tak berdepan dengan apa-apa masalah. “Ok, jom pergi Gunung jerai pulak, apa yang jadi tadi tu letak tepi dulu beb”, kata Acap. Kami semua bersetuju.

Ketika sampa ke ruang lobby resort, kawasan resort sini memang cantik, kami diberikan bungalow. Aku terus capai towel mandi. Aku baring dalam tab mandi, memikirkan kisah tadi, adakah disebabkan aku, mereka semua kena? Ustaz Halim pernah berpesan, janji syaitan dengan pemakai ni kuat, kalau kita tak nak ada masalah, jangan cari masalah, dia tak suka kau disini. Sampai ke hari ini aku tak faham apa yang dimaksudkan Ustaz, tapi seakan aku dapat meneka kemungkinan ada kaitannya dengan apa yang aku pernah terbaca dalam diari adik Maya.

‘Telah aku pagar kawasan ini dari kaki kotormu, kuasaku akan bertambah kuat, jika engkau dalam wilayahku, sampai mti aku tak benarkan engkau kemari, andai aku mti’, bibit ayat yang aku koyakkan dalam diari, seakan mantera, tapi ditulis dengan ink berwarna merah seakan drah, yang aku simpan di rumah sewaku. Apa kaitan nasihat Ustaz dengan mantera Maya ni? Waallahualam.

Tiba-tiba guruh berdentum kuat, paapp blackout! Aku capai fon aku, aku bukak flashlight. Satu bunyi pon aku tak dengar, kebiasaanya kalau blackout macam ni mesti dalam rumah dah riuh mencari kotak fius utama. Aku mencapai towel terus aku keluar.

“Weii korangg, Isa, Acap, Min, weii bukak lampu balik weii”, sunyi seketika. Dummm! Seakan bunyi pintu ditutup kuat, “Masalah apa pula ni?. Pstt pstt, bunyi berbisik, ‘Akum kum kum kum…’ belakang aku.

‘Allahuakhbar!!’ terus aku toleh ke belakang, ada pocong yang ketinggiannya setinggi syilling, siap tunduk pandang aku. Tindakan reflect terus aku campak fon aku dekat pocong tu, terus aku menyandar kat dinding, pejamkan mata, aku baca segala surah yang aku tahu. Kawan-kawan, sebagai nasihat, kalau jadi situasi macam ni, mohon bertenang, tarik nafas, baru baca surah apa yang korang ingat, lagi kita kalut, lagi banyak kita buat silap.

“Rinn, ohh Rinn” ada orang sentuh bahu aku, tekejut aku, aku nampak Acap, “Kau apehal duduk bergelap dalam bilik ni? Dah senja ni, kau Jangan buat main, nanti pocong tu mai balik, kau nak?”, pergh musibat punya kawan, boleh pulak kau petik nama pocong tu. “Wei, jujur tadi blackout ke tak?”, ujarku.

“Mana datang lah blackout, kitorang semua ada dekat bawah tadi sedap main kad sambil cerita pasal hal tadi, tup-tup dengar kau menjerit”, balasnya. Mengurut dada aku, terbantut aku nak sambung mandi terus aku bersiap-siap dan turun ke bawah.

Aku nyalakan rokok John White yang kami bawak stok dari rumah, sambil main kad, masa ni nampak macam jahil sikit. Azan Maghrib berkumandang, semua masuk ke bilik nak mandi, disebabkan aku dah mandi, aku ambil wudhuk dan solat di ruang tamu. ‘Akumm, akummm’, aku dengar ada orang ketuk pintu sayup macam bagi salam. Hilang khusyuk aku solat, seakan rasa macam ada orang kat belakang aku. Pintu utama membelakangi aku, kira bunyi tu sayup-sayup dibelakang aku.

Aku dengar bunyi tombol dipulas-pulas, tetapi pintu tu tak dapat dibuka, sebab si Isa dah kunci tadi. Gedegangg!! Bunyi pintu digegarkan, aku makin hilang keruan, aku cuba untuk bertenang dan habiskan solat aku. Tiba-tiba ada bunyi berdengus di sebelah kiri telingaku, aku saja memperkuatkan takbir aku ‘Allahuakhbarr’, sayup ada suara ikut ‘Allahuakhbar’. Ya Allah benda ni ajuk aku. Selesai aku bagi salam, tanpa pandang belakang, seratus meter aku lari naik ke atas, terus melompat atas katil member aku. Diorang tanya kenapa aku senyap je, lepas tu senyum sinis, haha, kalau aku cerita pon mungkin diorang tak percaya.

Malam tu kami keluar makan malam di hotel. Berselera semua makan, mungkin sebab penat campur geram campur lapar. Si Min tanya, “Wei, jadi tak pergi air panas? Aku nak buang kurap aku ni!”. Gila pengotor nak buang kurap rendam dalam air panas, tak dapat aku bayangkan. Semua senyap je.

“Kalau si pocong tu ada lagi macam mana? Dah lah aku tengok GPS dekat 90km nak ke sana”, ujar Acap. “Aku rasa baik kita pergi jelah, dah alang-alang kita datang sini, tak kan pasal hantu tu korang nak jadi penakut, kita ramai, kita makhluk tuhan yang paling mulia, sepatutnya depa takut kita, bukan kita takut kat depa”, ewahh pandai pulak si Pak Ku ni ceramah.

“Jom jelah kita pergi, tapi apa-apa jadi, kita semua sama-sama harung, jangan sini sembang, dah jadi apa-apa, kau salahkan orang lain”, pintasku.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku lead bacaan doa, dan kami minum baki air Yassin yang dibuat petang tadi. Kali ni aku didepan, sebab fon member aku tu je ada GPS.

Dulu tak ada waze apa ni semua bagai, dulu guna PapaGo. Menuruni bukit malam tu, “Bukkk! Alahai sudah. Kereta belakang buat double beam, kami menyusuri perlahan, drop gear dua, tak berani aku nak laju-laju dengan keadaan macam ni. Korang bayangkan, tengah korang drive tiba-tiba, kau nampak ada kain putih tutup penglihatan kau depan cermin kereta, apa kau buat? Memang dah namanya syaitan, perangai menyakitkan hati.

Aku brek perlahan-lahan, supaya kereta belakang tak langgar aku. ‘Dukkk’, seakan benda yang menumpang dah terbang. Aku teruskan perjalanan kembali ke Kolam Air Panas Ulu Legong.

Aku tak tahu apesal GPS aku suruh lalu Lata Bayu, sedangkan aku dulu lalu Lata Mengkuang kalau nak lagi dekat. Memandangkan hari dah semakin larut malam, aku ikutkan sahaja GPS nih. Tiba-tiba aku terkejut, Kampung Rambong 8km belok kiri. Terus aku bagi signal, berhenti tepi Jalan. Hisap rokok sebatang, member aku tanya, “Apesal berhenti wei?”.

“Aku tak tahu lah setiap kali aku search Air Panas Baling, dia keluar Kampung Rambong”, ujarku. Isa balas, “Mungkin Air Panas tu dekat area Kampung Rambong tu kot?”.

Dengan pantas aku cakap, “Eh, aku banyak kali pergi, aku tahu lah, Kampung Rambong tu, agak pendalaman hutan sedikit, bukan kawasan Ulu Legong”. Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa aku harus takut dengan Kampung Rambong, disitulah lokasi adik Maya. Maaf ya jika ada readers yang tinggal di sana, orang kampung sana baik-baik belaka cuma si adik Maya ni je yang tersalah langkah.

‘Pinn pinn’, ada sebuah saga merah hon kami dan berhenti di depan kereta aku. Keluar dua orang lagaknya macam Pak Imam. “Anak semua ni nak ke mana? Sesat ke?”, kata orang tua tu. “Maaf pakcik, kami nak ke Air Panas Baling, tapi GPS kami rosak”, balasku. Orang tua tu berkerut dahi senyap, “Maaf pakcik tak biasa dengar pulak tempat tu”. Eh kolam air panas tu famous di kawasan ni, takkan lah orang tua ni tak tahu, aku berkata dalam hati.

“Hari dah lewat malam, kalau anak nak kolam air panas, dekat kampung atok ada, tak perlu bayaran, tapi mungkin tak sebesar kolam air panas yang anak nak pergi”, balas orang tua tu. “Korang boleh panggil atok, Tok Ali dan kawan tok namanya Tok Mok”, balasnya. Pada mulanya aku tak setuju, sebab rasa was-was aku dekat Tok Ali dan Tok Mok kuat sangat, macam dirancang-rancang je semua kejadian ni nak berlaku hari ni. “Jom lah kita ikut atok ni, dari kita kalut nak cari”, ujar Isa. Kami mengeluh, dan mengikut sahaja.

Dalam kereta aku mulai musykil, kenapa jalan yang dibawa oleh Tok Ali ni tak ada dalam GPS. Kalau korang pernah guna apps PapaGo, memang kadang-kadang tak berapa accurate, sometimes dia akan tunjuk lokasi kita di luar dari Jalan asal. So aku just assume, tak ada apa-apa kot. Kereta saga merah meluncur perlahan ke suatu simpang, aik, ada tanah perkburan. First time aku tengok, tanah perkburan yang besar gila. Kami lihat coverage fon pon tak ada disini. Sampailah ke destinasi yang dituju, ‘Kampung Cacar’, besar gerbang yang dibuat oleh orang kampung gamaknya. Kami parking dihadapan sebuah kedai makan, yang gamat dengan orang kampung.

“Kenapa orang kampung dekat sini nampak macam traditional sangat? Makan atas daun pisang, berkain batik ikat dikepala, yang laki memakai tanjak, tidak berbaju, ada juga memakai kebaya”, kami terbuai seketika. “Eh, marilahh menjamu dahulu”, lepas ni aku suruh cucu aku bawak korang ke kolam air panas naa”, ujar Tok Mok. Pergh makanan yang terhidang atas daun pisang tu, gulai itik, dengan ulam, ikan masin, ditambah dengan pegaga, memang membuka selera kami semua. Aku dalam rasa was-was tu, habis jugak nasi.

Perkara yang paling pelik, warga kampung di sini macam tak pelik dengan kehadiran kami. Semua buat kerja masing-masing, berbual dan main dam. Seorang gadis keluar, dengan susuk tubuh lebih kurang lingkungan umur 20-an, berbaju kebaya sulam kuning, bau yang harum. Perghh, “Inilah cucu Tok, namanya Melati, Melati akan iring korang ke sana”. “Melati, orang dekat kampung ni, memang berpakaian macam orang dahulu ke? Piring astro pon kami tak nampak”, ujarku sepanjang perjalanan ke kolam air panas.

“Di sini kami memang tak bercampur dengan orang di bandar, kami suka dengan cara kami, kami tak suka orang luar memandai-mandai tukar budaya kami”, terkedu aku kejap. Sesampainya aku dekat kolam air panas, melopong kami semua, ada dekat berbelas perempuan berkemban main di gigi kolam. Kepala otak aku seakan tak boleh menerima, baru seketika tadi aku disapa oleh dua orang tua yang lagaknya macam tok imam, kali ni kami dihidangkan dengan gadis-gadis berkemban pula.

Dalam melopong pon, kami melangkah jugak ke kolam. Gadis-gadis disitu cantik sangat, dengan kulit sawo matang. Sambil kami berendam diorang renjis-renjis air kepada kami, macam dirancang, setiap orang dari kami akan didampingi oleh seorang gadis.

“Nama awak siapa?”, ujarku. “Namaku Salwa, orang disini panggil ku puteri kerana aku anak penghulu”, ujarnya. Pergh, dengan lenggang lenggok dia bercakap, susah aku nak describe dekat sini, kira iman boleh luntur lah, haha, dah lah memang iman tak berapa nak kuat.

“Boleh saya tahu, kenapa dari tadi saya tak nampak langsung remaja lelaki? Yang saya nampak anak dara, atok dan nenek sahaja?”, ujarku. Tiba-tiba Salwa menangis, “ramai budak lelaki yang sebaya denganku dah dibawa ke Rambong, mereka dikerah kerja di sana”.

Terkejut aku, “Rambong? Maksud awak kampung Rambong? Kenapa kena ikut arahan penduduk di sana? Kuat sangat ke pengaruh Tok Penghulu Rambong tu?”, aku bertanya. Salwa pandang mata aku, dia tarik aku mengikutinya.

“Saya tak boleh bercerita tentang Rambong ditempat yang terbuka. Rambong merupakan salah satu kampung terkuat dalam wilayah ini, ada seorang panglima yang kami gelarkan Radin Piki yang sangat kejam sampai boleh buatkan seluruh kampung mengikuti cakapnya”, ujar Salwa.

Aku semakin keliru, aku baring di pondok itu. Entah berapa lama aku tidur, aku terkejut disebelahku ada Salwa. “Ahh, sudah, aku ada buat apa-apa ke dengan dia malam tadi? Air tuak yang diminum semalam, betul-betul buat aku jadi lemau”. Aku kejutkan Salwa, dia tersenyum sinis, “Kenapa Salwa tidur di sini? Atok tak datang mencari ke?”, ujarku. “Atok yang suruh teman aku tidur di sini, malam tadi awak boleh tahan ya”, sambil Salwa senyum sinis. Apa aku dah buat nih, termenung aku sendiri.

Baca part 2 di komen..